<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7648094869540433653?origin\x3dhttp://nurjihah22.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ my fav. song
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



♥ MATA DAN HATI
Pesan guru:

Kalau mata melihat
hati tak pernah puas
kerana apa yang dilihat
semuanya tak tepat
seperti hukum cahaya
biasa membias limpahnya dikaca

kalau hati yang melihat
matakan tertutup rapat
bergetar telus ke denyut nadi
merentas saraf ke kotak fikir
lahir bersama fitrah insani
kekal abadi berpaut di tali azali

lantas:

antara mata dan hati
biarlah lebih terasa
dari sekadar berputih mata.

Nukilan, Zaaba Selamat



♥ TERIMA KASIH IBU
Ibu,
meski dengan hanya sejalur sinar
kausedar tenaga ke seluruh
jagat raya,
meski dengan hanya seurat kudrat
kautebar cinta ke segenap umat
bahasamu santun meruntun jiwa
senyumanmu semangat membakar berabad lama.

Ibu,
bumi ini ladang kasih sayang
yang kaumandikan dengan ketulusan,
alam ini taman ilmu
kental dan syahdu
meski dikau tak pernah tahu membaca buku.

Dan sekarang,
tegakmu mengatasi ribuan gedung
menjulang perkasa ikatan keluarga
membina jambatan masyarakat bahagia
menyulam ukhuwah sepelosok dunia
wanginya menjejak syurga.

Ibu,
kautatang sabar ke akar yakin
dari saat mula hingga tiada noktahnya
lalu
kujunjung bakti
yang membijaksanakan cekal dan akalku ini.

Sesungguhnya,
tiada daya bagiku ibu
membalas kasih dan pengorbananmu
seperti upayamu kepada kalian anakmu.

Terima kasih, ibu.

Nukilan, Mahaya Mohd Yassin.



♥ 3 Hero Yang Bersunat...

Mereka bertiga ini bergambar di Hospital yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam. Mereka berkain pelekat kerana ketika ini mereka ingin membuka bekas selepas bersunat atau berkhatan. Pada mula-mula mereka disunatkan mereka menangis selepas itu mereka gembira kerana tempat yang disunat telah sembuh.



♥ Kawan Baikku...
Ini Khalida atau nama panggilannya Kelly. Nama Kelly tu konon-kononnyalah yang si budak ni nak jadi penyanyi tapi sayang suara tak sedap. Bila di start nyanyi saja mesti awan mendung. Dia ni pun memeningkan kepala aku jugak tapi tak pelah asalkan dia bahagia dengan cara hidup dia sekarang ni.



♥ Rakan yang memeningkan kepalaku...
Dari kiri yang memakai topi Zulhilmi dan disebelah kanannya yang muka macam ada masalah mental tu Abbas. Aku telah berkawan dengan mereka hampir 3 tahun. Perangai mereka jangan cakaplah macam nak pecah kepala otak aku nak melayannya. Tapi tak apa la, aku anggap itu satu hiburan dan cabaran bagi aku untuk bersahabat dengan dua hamba Allah ni. Harap-harap bila mereka dah berumur mereka lebih perangai matang daripada yang ini.



♥ Sepupu kesayanganku...

Inilah sepupu kesayanganku. Dia berusia 1 tahun. Dia seorang yang manja dan seorang yang bijak walaupun masih kecil, dia amat meminati rancangan Akademi Fantasia dan dia juga meminati pengacara no.1 Malaysia Aznil.